googlea80fc17dc8c96301 Apakah Burut@Inguinal Hernia? @apa yang terjadi pada Ammar? | Blog Perkahwinan

Khidmat Kereta Sewa kota kinababalu

Khidmat Kereta Sewa kota kinababalu
Kereta Sewa Kota Kinabalu. Menyediakan khidmat Kereta Sewa Di Sabah untuk pengunjung-pengunjung dengan lebih selesa dan menyakinkan

Friday, April 9, 2010

Apakah Burut@Inguinal Hernia? @apa yang terjadi pada Ammar?

BURUT adalah bengkak atau benjolan yang selalunya dapat dilihat ketika bayi menangis, batuk atau meneran.ianya boleh hilang atau dimasukkan kembali.ianya disebabkan kandungan usus yang menular masuk ke celah kangkang sehingga ke skrotum.bagi bayi lelaki yang terkena burut jenis ini pembedahan perlu di lakukan secepat mungkin sebaik sahaja dikesan untuk mengelakkan komplikasi selanjutnya.

Hydrocele : ialah cecair yang terkumpul pada skrotum yang menyebabkan skrotum membengkak.Bengkak ini adalah berterusan dan tidak akan hilang.ia adalah biasa pada bayi yang baru dilahirkan dan akan hilang secara semula jadi pada umur 2 tahun.Hydrocele tidak merbahaya dan mungkin sembuh sendiri sebelum umur 2 tahun, pembedahan akan dilakukan sekiranya berterusan selepas umur 2 tahun.

Lahaulawala Quwwatailla Billah...
Ammar terkena Inguinal Hernia dan bukannya Hydrocele. hari Rabu 7 April, kami bawa dia jumpa pakar. itulah jawapannya pembedahan perlu dilakukan secepat mungkin. kami memilih cuti sekolah pada 13 jun untuk pembedahan kecil ini.
Saya pasrah.. pelbagai cara dah kami cuba untuk ubati sakit Ammar rupanya bengkak tu bukan cecair tetapi usus, tiada pilihan lain kecuali pembedahan. pun begitu kami ttp cuba kaedah lain. dan amat berharap Ammar sihat.
Ya Allah sesungguhnya saya menyayanginya... kuatkanlah iman kami dalam menghadapi ujian yang sedikit ini. permudahkanlah setiap urusan kami...

No comments: