googlea80fc17dc8c96301 Selamat Hari Lahir Ayahanda | Blog Perkahwinan

Khidmat Kereta Sewa kota kinababalu

Khidmat Kereta Sewa kota kinababalu
Kereta Sewa Kota Kinabalu. Menyediakan khidmat Kereta Sewa Di Sabah untuk pengunjung-pengunjung dengan lebih selesa dan menyakinkan

Tuesday, April 28, 2009

Selamat Hari Lahir Ayahanda

28 April 2009 genap usia ayahanda 64 tahun. SELAMAT HARI LAHIR kami ucapkan. semoga bertambahnya umur seiring nikmat sihat,iman dan islam serta sentiasa dalam lindungan Allah.

Ayahandaku... dikala usia mencecah senja begini.. masih lagi aktif dengan kelas2 pengajiannya. kelas2 tajwid, tarannum masih diteruskan sehingga kini masih lagi diperlukan untuk menjadi hakim tilawah Al Quran peringkat kebangsaan. program2 ceramah untuk guru-guru sekitar utara Malaysia berkisar p&p AlQuran di sekolah2. Aktif! Alhamdulillah ... terima kasih ya Allah..atas kurniaan nikmat sihat yang kau limpahkan buat ayahanda kami. Namun.. disebalik kejayaan seorang ayah ini dibelakangnya ada seorang ibu dan isteri yang tabah dan sentiasa berkorban... bonda Siti Aminah Semoga kalian sentiasa dalam inayah Nya.

Mengenang sejarah kisah hidup ayahanda... bekas pelajar Pondok Islam terkenal di Pulau Pinang... tamat shahadah (mungkin setaraf STAM yang ada sekarang) tetapi tidak mampu untuk melanjutkan pelajaran ke Mesir(sebab itu agaknya kami 2 beradik kena belajar ke Mesir mungkin:). Ayahanda menduduki LCE atau PMR sekarang ni.. dengan lulusan PMR itulah Ayahanda berjaya sebagai seorang guru di sekolah rendah selepas tamat Maktab Sultan Idris dan sekarang Univ Pendidikan Sultan Idris.
Ayahanda bukan kelulusan Sarjana Muda atau Sarjana. tetapi ilmu dan pengalaman yang ada setanding kelulusan Doktor Falsafah! TAHNIAH Ayah...!
Setapak demi setapak ayahanda mengorak langkah, dari sekolah rendah ke sek menengah bermula di SMKA Al Mashoor P.Pinang sebagai guru kemahiran AlQuran. seterusnya bertugas di Jabatan Pelajaran Negeri sebagai Nazir Sekolah2 Pulau Pinang. setelah bersara, ayahanda diminta pula bertugas juga sebagai Nazir untuk sekolah2 agama rakyat di bawah Jabatan Agama Islam Pulau Pinang. di usia 64 tahun sekarang ayahanda masih lagi menjadi penyelaras Pusat Kegiatan Guru JAIPP dan pengerusi Sekolah Agama Kg.Baru. Disamping tugas sebagai Imam Masjid Kampung Baru, seminar2 Alquran Peringkat Negeri dan Kebangsaan sering diikuti ayahanda. Tanpa jemu dan penat ilmu tetap dituntut.
Sempena Sambutan Maulidurrasul tahun lalu Ayahanda di nobatkan sebagai Tokoh Maulidurrasul. Tahniah Ayahanda.

Walaupun sibuk dengan pelbagai aktiviti... kami tahu hati kecilnya sering kesunyian. mungkin rindukan keramaian anak-anak... di kejauhan ini hanya doa dapat kami kirim kan semoga Ayahanda sentiasa dalam RahmatNya. Dalam ketegasan sifat nya kami tahu ayah mana yang tidak sayangkan anaknya...

Sempena hari lahir ini.. ingin anakanda kata kan.. kami SAYANG ayah! :)

No comments: