googlea80fc17dc8c96301 Alhamdulillah.. selesai dengan selamat.... | Blog Perkahwinan

Khidmat Kereta Sewa kota kinababalu

Khidmat Kereta Sewa kota kinababalu
Kereta Sewa Kota Kinabalu. Menyediakan khidmat Kereta Sewa Di Sabah untuk pengunjung-pengunjung dengan lebih selesa dan menyakinkan

Tuesday, June 15, 2010

Alhamdulillah.. selesai dengan selamat....

Tanggal 13 Jun 2010 cukup umur Ammar 5 bulan. kejap ja masa berlalu dah besar Ammar.. hari ni jam 11 pagi kami masuk wad melur 3 hospital Likas. hari pertama semuanya ok. tiba jam 2 pagi Ammar perlu mula berpuasa... inilah saat yang paling meruntun hati apabila melihat Ammar berterusan menangis sebab lapar.

malam tu Ammar tidur jam 8 malam.. jam 12 dia bangun seolah2 dia tahu dia perlu 'bersahur' untuk berpuasa esok harinya. jam 1.30 kami bagi dia susu puas-puas... tepat jam 2 pg dia tidur sampai jam 5 dia bangun.... bila dah bangun mula menangis lapar.. kami hanya dibenarkan titis air sahaja untuk basahkan bibir Ammar itupun sampai jam 6 pagi sahaja. selepas jam 6 pagi perut perlu betul-betul perlu dikosongkan... bila pegang bantal dia isap bantal.. bila didukung dia isap tangan siapa sahaja yang mendukungnya, mmg sedih melihat Ammar berterusan menangis.. tapi saya kuatkan hati untuk melihat Ammar selamat dalam pembedahan ini walaupun ianya satu amaliah yang amat kecil tapi hati saya cukup sedih dan risau ....

Jam 8 pagi 14 Jun Ammar ditolak masuk ke dewan bedah.. Abi temankan Ammar.. saya hanya menunggu disurau berterusan membaca Al Quran bagi menenangkan hati dan mendoakan keselamatan putera kesayangan saya.. hati mana x risau pelbagai cerita yang saya dengar akibat kesan bius.. kesan pembedahan.. tapi yakin dengan ketentuan Allah.. saya yakin apa yang Allah aturkan untuk kami, saya perlu yakin, redho sabar atas segala kemungkinan yang akan berlaku. semuanya adalah aturan Allah...

jam 9.30 pagi Ammar keluar dengan keadaan yang belum sedar 100% tangisannya berterusan mungkin kerana kesan bius, sakit, lapar dan pelbagai lagi .. Ammar hanya dibenarkan minum air masak itu pun hanya beberapa titik sahaja hingga jam 1 ptg barulah Ammar dibenarkan menyusu itupun setelah doktor buat pemeriksaaan Ammar x alami muntah. sayu hati saya melihat Ammar menyusu setelah 12 jam dia berpuasa. Lemah badannya..

Alhamdulillah pagi 15 Jun hari Selasa Ammar mampu tersenyum dan mula menyusu seperti biasa. Mula melompat dan gelak pabila diagah... Syukur ya Allah... segalanya selamat.

Walaupun hanya 2 hari kami menjadi penghuni wad pediatrik tu.. banyak yang kami dapat.. segalanya begitu menginsafkan saya... menebal rasa syukur, belajar menjadi hamba yang redho, yakin dengan semua ketentuan Allah, sabar dengan ujian.. dan paling penting... saya dapat buang sifat... 'kalau lah dulu saya urut, saya tuam Ammar tentu Ammar x jadi macm ni...." di wad melur 3 semuanya saya dapat.. paling saya yakin dengan apa yang Allah tentukan... dan baung sifat 'kalau..'
di wad pediatrik tu... ramai nya anak2 yang diuji dengan ujian yang cukup menyedihkan saya.. Subhanallah Mahasuci Allah... semuanya kejadian Allah.. kita tidak mampu untuk menidakkan nya... di wad Ammar ditempatkan semuanya anak2 yang mengalami masalah usus, saluran kencing .. di wad yang lain masalah mulut, bibir dan hidung, di satu wad yang lain pulak masalah kaki yang tidak sama... semuanya saya melihat dengan rasa begitu insaf, semuanya kehendak Allah.. kejadian Maha Pencipta...
Rupanya ada lagi insan2 yang kuat diuji tapi mereka sabar.. mungkin redho mereka lebih tinggi.. pasti sabar mereka begitu kuat.. pasti taabud mereka pada Maha Pencipta begitu kukuh.. kerana orang2 yg diuji hati nya semakin dekat dengan Allah.

segalanya banyak mendidik saya.. mendidik supaya hati saya kuat, mendidik jiwa mensyukuri segala pemberian Allah... benarlah kita perlu menziarah org sakit agar hati kita sentiasa lembut, sentiasa bersyukur.. dan menziarahi jenazah agar kita sentiasa ingat akan kematian...

Terima kasih Ya Allah memberi pengalaman ini pada hamba... Terima kasih Ya Allah .. Terima kasih wad pediatrik Melur 3 kerana didalamnya terdapat seribu pengajaran yang begitu menginsafkan saya... pada kawan2 yang mendoakan Ammar.. terima kasih.. sesungguh nya kalian peniup semangat saya untuk terus kuat dalam menghadapi semua ini. Pada Anak-anak yang masih di wad pediatrik melur 3 kalian anak2 yang kuat...

No comments: