googlea80fc17dc8c96301 Pembentangan Proposal Master Med. UMS | Blog Perkahwinan

Khidmat Kereta Sewa kota kinababalu

Khidmat Kereta Sewa kota kinababalu
Kereta Sewa Kota Kinabalu. Menyediakan khidmat Kereta Sewa Di Sabah untuk pengunjung-pengunjung dengan lebih selesa dan menyakinkan

Tuesday, April 14, 2009

Pembentangan Proposal Master Med. UMS

Sebahagian dari pelajar sem 3 pascasiswazah Pengurusan Pendidikan dan TESL
Prof. Madya Dr. Naimah Yusof menerima cenderahati
Ucapan dari Tim. Dekan SPPS, UMS Prof Madya. Dr Yusof menyampaikan ucapan

11 dan 12 April 2009 mencatat satu kenangan buat aku selaku pelajar Pascasiswazah (Pengurusan Pendidikan) kerana di Dewan Mini Auditorium UMS, SPPS berlansungnya Seminar Pendidikan Berasaskan penyelidikan. Pelajar dari Tawau, Sandakan dan Kota Kinabau sendiri berkampung selama 2 hari dengan membentangkan cadangan tajuk masing-masing dengan penyelia yang terdiri daripada pensyarah-penyarah di UMS, SPPS. Sesi Pembentangan dari pelajar dengan tajuk-tajuk kajian yang akan dilaksanakan memang hebat-hebat.

Bagi aku sendiri, pelung membentangkan tajuk kajian aku sebenarnya mendebarkan kerana tajuk pertama aku dahulu telah diminta utk disemak dan aku memutuskan untuk membawa tajuk yang kedua pula kepada tajuk yang lebih bermakna. Terima kasih kepada penyeliaku Dr. Mohd Zaki Ishak yang banyak membantu memberikan buah fikiran untuk aku menyelesaikan pengajian ini. Suasana akademik memenuhi ruang selama 2 hari ini, semoga masing-masing dapat manfaat dari seminar penyelidikan berasaskan penyelidikan ini.

Terima kasih buat isteriku juga, yang banyak memberikan semangat supaya aku teruskan pengajian ini. Bacuhan kopi radixnya menyegarkan mata utk aku study berterusan walaupun tampak keletihan.



No comments: