googlea80fc17dc8c96301 Kisah Ammar Bin Zahar | Blog Perkahwinan

Khidmat Kereta Sewa kota kinababalu

Khidmat Kereta Sewa kota kinababalu
Kereta Sewa Kota Kinabalu. Menyediakan khidmat Kereta Sewa Di Sabah untuk pengunjung-pengunjung dengan lebih selesa dan menyakinkan

Sunday, January 24, 2010

Kisah Ammar Bin Zahar

Sembelih kambing utk Aqiqah
Selesai Kenduri...Makannn...
Abi, Umy & Ammar
Dah Pandai Senyum Tuh...(selepas bercukur)
Kontrol Hensem (sebelum bercukur)
Alhamdulillah, Inilah anak pertama kami yang bernama Ammar. Beratnya 2.7kg semasa dilahirkan. Hari ke 3 Kelahirannya, kami pergi cek penyakit 'kuning' di Klinik Kesihatan Tasek Glugor. Hari pertama 207, hari kedua 226, hari ke 3 221, hari ke 4 211 dan hari ke 5 187. Alhamdulillah, semakin turun. Petua orang2 tua kena amalkan juga ye tak?
Petuanya : Letakkan daun lidah buaya di dahi selepas mandi daun belimbing yang sudah direbuskan.
Kemudian, Pendaftaran di JPN dibuat pada 21 Jan. Majlis Aqiqah diadakan pada 23 Jan 2010 (Sabtu). Cukur kepala dan tahnik (Hari Jumaat). Mengambil hari sunat. Petang tuh, Abi diminta oleh Tok Ayah untuk sembelih kambing. Haa...terkejut sakan..tp alhamdulillah dpt juga abi merasa pengalaman sembelih kambing.
Petang jumaat (22 Jan) keluarga dari Pahang datang untuk melihat sendiri cucunya yang ke 4. Terima Kasih sbb datang juga...Jauh tuh dekat2 9 jam baru sampai.
Kepada kawan-kawan, sahabat handai, rakan sekerja terima kasih dengan ucapan dan doa kalian semua. Semoga tahun depan tambah sorang lagi..hehehe...amin....

No comments: