googlea80fc17dc8c96301 Sekadar Coretan | Blog Perkahwinan

Khidmat Kereta Sewa kota kinababalu

Khidmat Kereta Sewa kota kinababalu
Kereta Sewa Kota Kinabalu. Menyediakan khidmat Kereta Sewa Di Sabah untuk pengunjung-pengunjung dengan lebih selesa dan menyakinkan

Friday, April 24, 2009

Sekadar Coretan

Lama aku tidak menulis dalam blog nih. Isteriku sahaja yang banyak meng'pos'kan pelbagai cerita, terutama kisah-kisah praktikumnya. Alhamdulillah... dah selesai praktikum, nampaknya boleh cemerlang selepas menjalani Rentas Praktikum bebaru nih. Us Harun Sarail selaku ketua Jabatan Pendidikan Islam di Institut Perguruan KENT pun dah datang memantau. Ada harapan ke agaknya. Aku sentiasa doakan moga dia berjaya menjalani dengan sebaik mungkin.

Masa aku pulak, diisi dengan study yang tak berapa study..tugasan di sekolah bercampur gaul dengan tugasan yang terpaksa disiapkan untuk disertasi nanti. Jadual peperiksaan di UMS pun dah keluar. Sekarang dah semester 3, terasa cepat juga masa berlalu. Sedar tak sedar dah rupanya. Untuk semester 3 nih, terasa tekanannya. Kesilapan di pihak aku jugak tidak menyiapkan tugasan yang diberikan dengan lebih awal.

Bulan ni jugak kelas rintis bahasa arab untuk KSSR 5 waktu seminggu di sekolah. Untuk rintis nih, hanya satu kelas sahaja yang diambil sebagai rintis. Aku masih ingat lagi tahun 2007, sekolah aku juga dipilih sebagai rintis bahasa arab 5 waktu seminggu. Itu untuk BASK KBSR. Sekarang nih BASK untuk KSSR. Nampaknya kena study juga perbezaaannya tu kan..

Usaha tangga kejayaan..insyaAllah semuanya dapat dilalui keberkatan doa yang dipohon ke hadrat ilahi. Isteriku pun banyak memberikan semangat. Kala peluang dan ruang yang ada nilah, kita rebut sebaik mungkin...

No comments: