googlea80fc17dc8c96301 Bittaufik Wannajah buat Zauji. | Blog Perkahwinan

Khidmat Kereta Sewa kota kinababalu

Khidmat Kereta Sewa kota kinababalu
Kereta Sewa Kota Kinabalu. Menyediakan khidmat Kereta Sewa Di Sabah untuk pengunjung-pengunjung dengan lebih selesa dan menyakinkan

Sunday, May 10, 2009

Bittaufik Wannajah buat Zauji.

Lama tak jenguk blog ni, sari 2 ni x sedap badan. Asyik demam jer. malas nak buat apa. Nak masak nak makan apa pun tak tau. semua dah jadi xsedap. mata asyik nak pejam ja... dalam tak berselera nak makan .. malam ni ajak zauji g makan beriani kat Choice Restaurant. Lagi pulak hari ni seharian Zauji tak kluar rumah study x henti2 untuk exam dia esok sampai hari Rabu ni. Nampak mata dia dah pening semacam jer.. ajak keluar jalan2 g Choice. Sedap jugak la beriani dia.

Hari ni hari ibu kan... SELAMAT HARI IBU buat Bonda Hjh.Siti Aminah dan Bonda Zainab. Kalian sentiasa dalam ingatan dan doa kami. buat kawan2 yang dah bergelar IBU juga selamat hari Ibu diucapkan.

Buat Zauji Habibi Qolbi...
Selamat menduduki imtihan sem 3 esok. semoga dapat menjawab dengan tenang dan terbaik. Alaika Binnajah. Robbuna yusahhilka. InsyaAllah...

Kelmarin aku ada interaksi maktab kat IP Gaya dengan Us.Zaki. Ustaz adalah skit tazkirah.. kata dia.. berapa kali dalam sujud terakhir kita doakan untuk anak2 murid kita? pada aku.. bukan x tau benda ni.. tp itulah dikatakan Tazkirah... "Fazakkirni.... " manusia sememangnya lupa. perlu sentiasa ingat memperingati. Betul.. kekadang kita sukar mendidik anak2 murid.. tp adakah kita sentiasa mendoakan agar Allah lembutkan hati mereka ,simbahi hati mereka Hidayah... lembut lidah mereka untuk membaca ayat2 suci Allah. ini jua peringatan buat diriku yang lalai. Antara lain yang Ustaz Zaki sebutkan, sebagai seorang guru.. solat taubat dan tahajjud jgn dilupakan. Sujud yang terakhir jangan lupa khususkan untuk anak2 murid kita.
Benda ni bukan kita x tau kan.. tau jer.. tp kita sering terlupa. sering tertinggal tahajud. padahal 4.30 bgn masih sempat utk tahajud 2 rakaat. Bg diri aku sendiri... bukan tak buat... buat juga tp tidak istiqomah setiap hari. kasihan diri aku ni yg masih muda tapi tak mampu melazimi tahajud. kesian kan! dlm seminggu boleh dikirakan berapa kali ja dapat buat tahajjud.
Kita lihat sahaja sejarah Sultan Salhuddin Al Ayyubi. beliau tidak akan membenarkan tenteranya ikut berperang sekiranya ada yang tidak bangun untuk bertahjjud. kenapa? kerana tentera yang tidak bertahajjud ini tiada kekuatan untuk menentang musuh.
akhirnya kita lihat sendiri kejayaan siri2 peperangan Sultan Salahuddin. Hebatkan.
Pada diri aku yang lalai... hebatkah kamu? hebat pada pandangan manusia pun.. tapi hanya solat malam yang sedikit itu tidak mampu, kamu bukanlah org yang hebat. "Fazakkirni..."

No comments: