30 Jun 2009 mencatat sejarah yang amat bermakna apabila keputusan KPLI j-QAF dikeluarkan. Hanya titisan air mata tiada lafaz yang paling indah "ALHAMDULILLAH" beserta sujud syukur atas pemberiannya. Kejayaan yang seperti tidak ku duga . walaupun tidak terlalu cemerlang dengan pointer 3.68 sahaja, serta anugerah Praktikum Cemerlang, tapi syukur teramat syukur kerana disaat2 kesihatan begitu diuji, Dia berikan aku kegembiraan ini. Terima kasih Ya Allah... Memberi 2 kegembiraan buat kami suami siteri.
Keindahan kejayaan ini tentu sekali ingin ku kongsi dan hadiahkan buat suami tersayang. Kerana dorongan, semangat dia juga aku mampu teruskan juga walau pun disaat akhir hampir tak mampu rasanya. keadaan kesihatan yang tidak begitu mengizinkan aku untuk tumpukan pada study di saat2 hampirnya peperiksaan. Terima kasih suami ku.. terima kasih atas segala bantuan dan pengorbanan. Kesanggupannya membantu dalam banyak aspek, tolong basuh baju:), memasak, hantar dan ambil di asrama, 2 hari sekali ulang alik ke Tuaran bawa keluar makan, jalan2. Sampai susut badan ditinggalkan keseorangan di rumah. aduh... besarnya pengorbanan suami... aku terlalu menghargainya. kerana itu, kejayaan ini adalah kejayaan buat suami ku juga. :) tiada apa yang mampukan hadiahkan selain kejayaan ini, aku berdoa agar dirinya terus dilimpahi Rahmat Allah... sentiasa sihat dan gembira. semoga kebahagiaan kami suami isteri akan bertambah indah dengan kehadiran cahaya mata kelak...
Benarlah... ujian2 yg dilalui sebelum ini akn menguji kesabaran, menjadikan kita hampir dengan Nya... Allah itu Maha Adil, Dia beri kegembiraan merawat hati hambaNya setelah kita bersabar dan redho dengan ujianNya. Sinar permata yang kami nanti kan setelah hampir 3 tahun kami terus berdoa dan berdoa agar Allah indahkan hidup kami dengan kehadiran sinar permata tersebut.
Terima Kasih Ya Allah... Terima Kasih Ya Allah... tidak ternilai pemberianMU ini.
No comments:
Post a Comment