Hari ni dah 28 Ramadhon...
kejap ja kita dah sampai ke penghujung Ramadhon. Entah tahun depan sempat atau tidak bertemu dengan bulan ibadah ni. Ramadhon masih berbaki lagi 2 hari saja lagi. Bilakah malam yg dijanjikan Allah umpama ibadah 1000 bulan? dapatkah kita mendapat tempiasan malam tersebut?
Buat diriku sendiri, moga2 malam2 yang dilalui dapat juga tempiasannya. walau pun jauh sekali nak dapat tau bilakah malam tersebut. Namun.. apa yang penting disaat turunnya para Malaikat kita tidak enak dibuai mimpi... atau hanya bangun bersahur semata.
Bagi para isteri.. amat bertuah kerana kita perlu bangun awal untuk sediakan makan sahur. tentu sekali peluang itu kita susuli dengan solat2 sunat dan zikir di malam hari. bukan sahaja 10 malam terakhir, malah sepanjang Madrasah Ramadhon. untungkan jadi isterikan! Nak plak bagi yang mengandung atau mungkin ada anak kecil, tidur sudah tidak senyenyak dulu. setiap jam pasti terjaga! dek kerana ketidak selesaan tidur, mudah untuk kita bangun. Wah... dah senang jaga untung lah dapat juga bgn untuk buat ibadat.
Sementara menunggu nasi masak, lauk2 dipanaskan, mmg amat sempat untuk isteri tunaikan solat, baca quran berzikir dan sebagainya.
Kita tidak perlu menunggu pokok sujud ke bumi, suasana malam yang dingin atau sebagainya kerana kita bukan para wali ... akan tetapi biarlah sedikit ibadat yang kita lakukan itu kita dapat tempiasan malam yang dijanjikan Allah. InsyaAllah...
Indahnya Ramadhon ni kan... bagi yang mengandung... kalau pun bukan bulan Ramadhon, kita akan sering membaca surah2 tertentu. tetapi apabila tiba Ramadhon kita akan membaca 30 juzuk Al Quran. apatah lagi peluang puasa cukup sebulan tidak dipersia2kan. Moga2 amalan menghabiskan 30 juzuk Al Quran setiap bulan dapat lah kita amalkan. mudahan kita sentiasa hidup dengan Al Quran. benarlah Ramadhon ini bulan Tarbiah. Madarasah buat kita mendidik jiwa.
Ya Allah.. terimalah semua ibadah kami di bulan Ramadhon.. temukanlah kami dengan Ramadhon akan datang.
No comments:
Post a Comment