TRAGEDI OKTOBER....
Bunyi macam tajuk lagu jer.. tapi itu lah yang berlaku pada Tanggal 1 Oktober 2009 (Khamis) jam 3.30 petang di SK Pekan Putatan...
Baru start enjin kerata masuk gear... tiba2 pandangan kabur2 dan terus gelap... sedar2 orang ramai di sekeliling. "Apa dah jadi ni..." Astaghfirullahal Azim.... Astaghfirullahal Azim... Astaghfirullahal Azim.... Aku dah langgar kereta orang! "Sakinah... buka pintu... buka pintu ni..." masih lagi pening2 aku xtau apa nak buat. panik!!! terlalu panik! beberapa minit aku termenung sebelum aku buka pintu aku terus saja call zauji bagi tau yg aku xcdent.
Keadaan kancil aku agak teruk, termasuk kerata iswara cikgu Jaafar yang aku langgar, xtau lah macam mana laju nya kerana langsung xsedar apa yang berlaku. hai... duit lagii..:(:(
NAMUN....
ALHAMDULILLAH... ALHAMDULILLAH.... ALHAMDULILLAH.... rasa syukur yang teramat sangat kerana semuanya selamat. menitis air mata kerana aku masih lagi dapat merasakan gerakan bayi... Terima kasih Ya Allah...
Melalui pemeriksaaan doktor.. tekanan darah semua nya ok cuma cuaca yang agak terlalu panas menyebabkan mudah pitam.
Ya Allah.. apa lah ujian kali ini. Bingung memikirkannya. Terlalu takut! Hanya pada Allah ku mohon ketenangan disamping syukur aku punya suami yang sentiasa di sisi yang banyak memberi semangat dan memujuk hati yang tidak keruan ni. Hari Jumaat MC sehari, zauji juga turut bercuti untuk menemani keadaan aku masih belum stabil... Terima kasih abang atas segalanya..
Seminggu telah berlalu peristiwa ngeri tu, tapi hati tetap rasa takut dan trauma untuk memandu lagi.. entah bila perasaan ni akan berakhir. apapun aku tidak akan memandu lagi selagi aku tidak dapat melihat permata hati kami ... jangan lah apa2 lagi berlaku setelah 3 tahun kami menanti cahaya mata ini.
Termenung sendirian.. aku sentiasa memikirkan apakah kifarah ujian ini?? segalanya begitu tersirat.. apapun terima Kasih Ya Allah memberikan aku ujian ini kerana kutahu org yg di uji itu adalah org yang di sayangi Nya.. mungkin kerana ingin lebih mendekatkan hati ini dengan Allah. Kerana saban hari doa supaya di kuatkan hati, sabar yang tinggi... maka Aku di uji untuk menjadikan diri lebih tabah dan sabar. Ya Allah apapun kesusahan dan ujian hidup ku di dunia ini namun.. permudahkanlah segala urusan ku di mahsyar kelak... Ya Allah.. Ya Allah.. Ya Allah...
No comments:
Post a Comment